Utusan Malaysia juara tembak pistol TDM-media - Utusan Malaysia

Utusan Malaysia juara tembak pistol TDM-media

Utusan juara
KUMPULAN Utusan Malaysia yang dinamakan sebagai Pasukan Tiger muncul juara keseluruhan dalam Pertandingan Menembak Pistol Tentera Darat Bersama Media 2022, (dari kiri) Mohd. Isa, Mohamad Athir, Zamrose Mohd. Zain, Mohamad Hafiz Yusoff dan Muhammad Hafizuddeain di Kem Perdana Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia muncul juara keseluruhan dalam Pertandingan Menembak Pistol Tentera Darat Bersama Media 2022 yang diadakan di Kem Perdana Sungai Besi, semalam.

Kumpulan dinamakan pasukan Tiger ini  turut menggandingkan Panglima Medan Barat Tenteda Darat Diraja Malaysia (TDM), Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan ini meraih kejuaraan bagi dua kategori iaitu jatuh piring dan juara keseluruhan bagi kategori center fire target.

Selain itu, pasukan Tiger yang diwakili Mohamad Athir Ismail dan Mohamad Hafiz Yusoff Bakri turut menggandingkan kakitangan TV3, Mohd. Isa Senawi

Gandingan ini berjaya membawa pulang hadiah berupa hamper, trofi dan pingat selepas menewaskan sembilan agensi media yang lain.

Acara tahunan yang diadakan di Kem Perdana Sungai Besi ini turut disertai Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain selain pegawai-pegawai kanan Tentera Darat.

Antara agensi terlibat termasuklah Kosmo!, Bernama, Berita Harian, Astro Awani, New Straits Times, Radio Televisyen Malaysia, TV3 dan Airtimes.

Mohamad Athir dalam masa yang sama turut meraih tempat ketiga dengan mengutip 163 mata dalam kategori individu.

Dalam pada itu, Zamrose dalam ucapannya berkata, acara tersebut diadakan sebagai penghargaan disamping menjalinkan hubungan lebih erat antara media dan TDM. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya