Safawi Rasid lupakan 'bulan madu' demi bantu skuad kebangsaan

Safawi lupakan ‘bulan madu’ demi bantu skuad kebangsaan

Safawi Rasid diasak Sharul Nazeem Zulpakar pada sesi latihan skuad Harimau Malaya.-IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kapten skuad kebangsaan, Safawi Rasid mengakui tugasan bersama Malaysia akan diberikan keutamaan terlebih dahulu meskipun terpaksa meninggalkan sementara isteri tersayang Nur Syifa Athirah Amirul Melvin.

Jelas Safawi yang baharu bergelar suami isteri selepas diijab kabul pada 28 November lalu berkata dirinya bertuah kerana Syifa sentiasa memberi sokongan penuh dan memahami kerjayanya sebagai pemain bola sepak.

Malah, persoalan mengenai destinasi bulan madu hanya akan diputuskan selepas tugasannya bersama skuad kebangsaan berakhir di Piala AFF 2022.

“Fokus saya kini adalah untuk membantu skuad kebangsaan.Saya nak buktikan sesuatu dalam kejohanan ini.

“Isteri sentiasa memberi kata-kata semangat untuk saya di mana pun saya berada. Dia di belakang saya jadi tiada apa apa (masalah).

“Tengok selepas Piala AFF, baru saya bincang pasal bulan madu. Sekarang fokus pada sesi latihan dan persediaan untuk Piala AFF,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Dalam perkembangan lain, Safawi menzahirkan rasa penghargaan kepada kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi selepas dia bakal beraksi bersama pasukan itu tahun depan.

“Saya hargainya kerana mereka mahukan khidmat saya dan saya pun tidak sabar (untuk beraksi).

“Apapun, saya perlu fokus untuk Piala AFF dulu dan kalau ada rezeki, saya akan berikan yang terbaik untuk Ratchaburi,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.