Ronaldo hampiri RM939 juta setahun

Ronaldo hampiri RM939 juta setahun

Cristiano Ronaldo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bekas penyerang Manchester United Cristiano Ronaldo dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani kontrak mega bernilai 175 juta pound (RM939 juta) setahun dengan kelab Arab Saudi, Al Nassr.

Bintang Portugal itu, kini menjadi ejen bebas selepas kontraknya bersama The Red Devils ditamatkan susulan temu bual kontroversi dengan Piers Morgan bulan lalu.

Al Nassr berhajat besar untuk membawa masuk Ronaldo sebelum penghujung tahun ini, menurut media Sepanyol Marca dan bakal menawarkan kontrak selama dua setengah tahun dengan pilihan lanjutan 12 bulan.

Al Nassr antara kelab paling berjaya di Arab Saudi apabila menjuarai liga sebanyak sembilan kali dengan kali terakhir pada 2019.

Kelab tersebut dikendalikan jurulatih dari Perancis, Rudi Garcia yang pernah mengendalikan Roma, Marseille dan Lyon.

Ronaldo sebelum ini telah menolak tawaran kelab Arab Saudi namun pasukan itu tidak didedahkan identiti.

Pemain berusia 37 tahun itu, ketika ini sedang bercuti bersama keluarganya di Dubai bagi memulihkan kekecewaan di kempen Piala Dunia.

Portugal tersingkir pada suku akhir selepas tewas kepada Maghribi dan menyaksikan Ronaldo mengalirkan air mata ketika berjalan keluar dari padang.

Ronaldo mahu terus beraksi pada tahap tertinggi tetapi dia gagal menarik minat kelab utama Eropah sekali gus memaksanya mempertimbangkan tawaran lain yang semakin terhad.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.