Pan Gon rombak pasukan lagi

Pan Gon rombak pasukan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon sekali lagi melakukan rombakan dalam kesebelasan utama Harimau Malaya apabila menggugurkan Safawi Rasid untuk berdepan Vietnam malam ini.

Lapan pertukaran dilakukan pengendali dari Korea Selatan itu daripada skuad yang membelasah Laos 5-0, Sabtu lalu.

Ketiadaan Safawi menyaksikan tugas ketua pasukan dipikul oleh Faisal Halim.

Darren Lok yang tidak diturunkan langsung ketika berdepan Laos bertindak sebagai penyerang utama di Stadium Nasional My Dinh.

Tiga pemain tengah, Lee Tuck, Brendan Gan dan Stuart Wilkin yang masuk sebagai pemain gantian ketika berdepan Laos turut berada dalam kesebelasan utama malam ini.

Turut mengisi kesebelasan utama berdepan Vietnam adalah pemain pertahanan Azam Azmi Murad, V. Ruventhiran dan Dominic Tan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya