Dapatkan khidmat pakar lakukan kerja di kawasan risiko - Utusan Malaysia

Dapatkan khidmat pakar lakukan kerja di kawasan risiko

ROHAIMI Md. Isa (kiri) meninjau Balai Polis Kuala Jengai, Hulu Dungun, Dungun yang ditenggelami air dalam kejadian banjir Bdi alai Polis Kuala Jengai, Hulu Dungun, Dungun, hari ini. - NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Kontraktor pembersihan di kawasan berisiko perlu mendapatkan khidmat pakar dan pasukan keselamatan bagi menjalankan kerja-kerja tersebut pada musim tengkujuh ini.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, langkah tersebut perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

“Sepatutnya kontraktor atau syarikat pembersihan perlu mendapat khidmat atau nasihat pihak yang berkepakaran tinggi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebelum melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Memang dah menjadi tugasan mereka (kontraktor pembersihan) untuk bersihkan saluran paip di kawasan atas air terjun bagi mengelakkan saluran tersumbat, namun bila musim tengkujuh, khidmat pakar adalah penting bagi memastikan aspek keselamatan lebih terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian meninjau kerosakan Balai Polis Kuala Jengai, Hulu Dungun yang ditenggelami banjir di sini, hari ini.

Rohami berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian seorang pekerja penyelenggaraan yang dipercayai tergelincir sebelum terjatuh dari tingkat lima, Lata Tembakah, Hulu Besut kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang pada Khamis, Abdul Wahab Mat Sulaiman, 27, dikatakan sedang membaiki saluran paip bersama adiknya berusia 19 tahun di kawasan air terjun tersebut.

Setakat itu, mangsa yang dikhuatiri lemas dalam kejadian itu masih belum ditemukan anggota pasukan mencari dan menyelamat.

Selain itu, beliau memberitahu, sebanyak tiga buah balai polis di negeri ini mengalami kerosakan selepas ditenggalami air dalam kejadian banjir sejak 9 Disember lalu.

Katanya, tiga balai polis tersebut ialah Balai Polis Kuala Jengal di Dungun, Balai Polis Manir di Kuala Terengganu dan Balai Polis Pasir Gajah, Kemaman.

Tambahnya, Pondok Polis Felda Tenang di Besut juga turut terjejas dilanda banjir.

“Kita akan kemukakan laporan kerosakan balai dan pondok polis kepada pihak atasan untuk dibaiki, dipindahkan dan dibina baharu,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya