Berang dengan Ronaldo, Santos belum pasti beri lilitan kapten

Berang dengan Ronaldo, Santos belum pasti beri lilitan kapten

Cristiano Ronaldo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Pengurus Portugal, Fernando Santos membidas Cristiano Ronaldo kerana reaksi yang ditunjukkan ketika dikeluarkan dalam perlawanan menentang Korea Selatan, malah mengakui tidak pasti sama ada pemain berusia 37 tahun itu akan mengekalkan jawatan kapten.

Ronaldo tidak berpuas hati ketika dikeluarkan semasa Portugal tewas 1-2 kepada Korea dalam aksi terakhir Kumpulan H, Jumaat lalu dengan membuat isyarat ‘senyap’ apabila mengangkat satu jari ke bibirnya.

Ditanya mengenai reaksi Ronaldo ketika sidang akhbar menjelang pertemuan menentang Switzerland esok, Santos membalas: “Ya, saya tidak suka. Sama sekali tidak suka. Saya betul-betul tidak suka.”

Bagaimanapun Santos menegaskan, isu tersebut sudah diselesaikan sejurus tamat perlawanan dan semua pemainnya hanya memberi tumpuan menjelang pertemuan esok.

Ketika ditanya sama ada Ronaldo akan kekal sebagai ketua pasukan atau tidak, Santos mengakui, dia belum membuat keputusan.

“Saya hanya memutuskan siapa yang akan menjadi kapten apabila saya tiba di stadium. Saya masih tidak tahu barisan pemain,” katanya.

Ronaldo sebelum ini menegaskan, dia menujukan isyarat itu kepada pemain lawan dan bukan jurulatihnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya