Wan Rosdy angkat sumpah Menteri Besar Pahang Ke-15

Wan Rosdy angkat sumpah Menteri Besar Pahang Ke-15

WAN ROSDY Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang ke-15 di Balairung, Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Pahang ke-15 di Balairung, Istana Abu Bakar di sini hari ini.

Istiadat angkat sumpah itu menamatkan kemelut politik yang melanda negeri ini pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) selepas tiada gabungan parti politik meraih kemenangan dengan majoriti mudah.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, menzahirkan Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar ke-15 kepada Wan Rosdy di Istana Abu Bakar.

Pada istiadat tersebut, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman turut membacakan doa untuk kesejahteraan negeri ini.

Semalam, Tengku Hassanal memperkenan pembentukan kerajaan negeri ini daripada parti BN dan Pakatan Harapan (PH). 

Berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Raja Pemerintah sepertimana yang dinyatakan dalam Bahagian I, Perkara 3 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Pahang, Tengku Hassanal juga berkenan melantik Wan Rosdy sebagai Menteri Besar.

Pada PRU15 Sabtu lalu, Perikatan Nasional (PN) Pahang menang 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), BN (16 kerusi) dan PH (lapan kerusi) sekali gus tiada parti memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri. 

Mana-mana parti perlu menang 22 kerusi DUN untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya