UMNO hanyut jika 80 peratus keluar mengundi di PRU15

UMNO hanyut jika 80 peratus keluar mengundi di PRU15 – Muhyiddin

pru15
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAGOH: UMNO akan hanyut jika 80 peratus pengundi keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) 19 November  ini.

Pengerusi Perilkatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional menang pada pilihan raya negeri (PRN) Johor sebab peratusan keluar undi yang rendah dan ramai penyokong parti itu keluar mengundi.

Oleh tiu beliau minta semua pengundi  tidak kira di mana mereka berada yang ada dalam daftar pemilih supaya keluar memilih kerajaan.

“Macam PRN Johor dulu tak ramai keluar (mengundi kerana) orang Umno totok ada di situ jadi (BN) menang,” katanya ketika berucap dalam ceramah kelompok bersama masyarakat Kampung Tengah, Kampung Naib Piee, Kampung Parit Buaya dan Kampung Sungai Terap, Pagoh.

Pada PRN Johor Mac lalu, BN menang 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Kata Muhyiddin, PRU15 amat penting bukan kerana soal beliau, Dr. Mahathir Mohamad, Ismail Sabri Yaakob atau Ahmad Zahid Hamidi tetapi demi kepentingan rakyat.

“Ini satu tanggungjawab penting. Tanggungjawab (kita turun) mengundi pada 19 Nov ini.

“Gelombang PN dilihat semakin tinggi misalnya di Perlis dan Kedah baru-baru ini saya pergi ke sana dapat merasainya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya