Tolak PH, DAP ada agenda tersembunyi

Tolak PH, DAP ada agenda tersembunyi

ANNUAR Salleh (berkopiah kiri sekali) beramah mesra dengan penduduk di Bangi, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Calon Pejuang Parlimen Bangi, Annuar Salleh menyifatkan keghairahan DAP dan Pakatan Harapan (PH) terlalu mengejar kuasa untuk memerintah negara menyebabkan gabungan parti politik itu hanya meminggirkan pelbagai isu setempat. 

Beliau berkata, pelbagai isu timbul selepas PH diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, namun tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat.

Katanya, rakyat dapat melihat berlakunya perpecahan, ketempangan pada 22 bulan pemerintahan parti itu selain mengugat kedaulatan negara, agama dan bangsa Melayu.

“Lihat sahaja Parlimen Bangi, tiada solusi kepada pendidikan di mana bilangan pelajar semakin meningkat, namun penyandang sebelum ini tidak ada apa-apa inisiatif. 

“Itu belum lagi isu jenayah, keruntuhan rumah tangga yang semakin meningkat dan isu kesesakan jalan raya tiada solusi tuntas,” katanya melalui hantaran di laman Facebook beliau. 

Annuar berkata, rakyat kini sudah cerdik dan pandai menilai yang mana baik dan buruk. 

“Kerajaan kita bertukar satu demi satu. Ini adalah permainan bagi merebut kekayaan negara ataupun lebih benar iaitu merompak duit rakyat. 

“Sekiranya kita masih sibuk memilih pemimpin rosak, selagi itu tiada apa yang selesai,” katanya. 

Mengulas mengenai ramai yang bertanding di Parlimen Bangi, Annuar berkata, beliau sudah menetap selama 27 tahun di kawasan itu, malah anak-anak juga membesar dan bersekolah di sini. 

Sepanjang tempoh itu, katanya, beliau menyaksikan sendiri bagaimana rakyat berada dalam kesulitan dengan isu jenayah, kekurangan sekolah, kenaikan harga barang dan isu banjir di sesetengah kawasan.

“Takkanlah saya nak biarkan masalah sama terus berulang setiap tahun? Saya rasa cukuplah kita lantik muka sama yang ada agenda jahat pada setiap PRU menjadi pemimpin kita. 

“Atas faktor mahu membawa pembaharuan dan memastikan kebaikan rakyat terbela, saya beranikan diri untuk bertanding kali ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.