Saarani MB kerajaan PH-BN di Perak

Saarani MB kerajaan PH-BN di Perak

SAARANI Mohamad (tengah) dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Howard Lee Cuan How (dua dari kiri) selepas menghadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak petang ini selepas Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bersetuju bekerjasama membentuk kerajaan negeri.

Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Annuar Zaini berkata, istiadat angkat sumpah itu akan diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan Kuala Kangsar pada pukul 5.30 petang ini. 

Menurutnya, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memberi perkenan untuk istiadat angkat sumpah Saarani sebagai menteri besar selepas PH dan BN mempunyai majoriti ahli dewan undangan negeri bagi membentuk kerajaan.

“Tuanku puas hati dengan apa yang dipersembahkan daripada wakil PH dan BN dan mereka hanya mengemukakan hanya satu calon sebagai calon Menteri Besar  iaitu ADUN Kota Tampan, Datuk Seri Saarani Mohamad.

“Oleh kerana ada satu persefahaman, PN menerima nama yang dikemukakan itu.

“Memandangkan pentingnya untuk Dewan Undangan Negeri segera bersidang untuk meluluskan Bajet, tuanku berkenaan untuk Saarani angkat sumpat sebagai menteri besar di Istana Iskandariah pada pukul 5.30 petang ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Annuar berkata, untuk bersikap adil, tuanku juga memperkenankan wakil Perikatan Nasional (PN) Razman Zakaria dan Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dititah menghadap memandangkan mereka mempunyai kerusi terbesar iaitu 26 DUN dan berkeupayaan menubuhkan kerajaan.

“Mereka mengakui tiada angka untuk tubuhkan kerajaan dan memahami tuanku terpaksa bertindak ikut undang-undang tubuh negeri yang baginda mempercayai ADUN yang mempunyai majoriti diperkenankan untuk dilantik sebagai Menteri Besar,” katanya.

Pada PRU15, PN menang 26 kerusi, PH 24 kerusi dan BN hanya sembilan kerusi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya