PRU15: Proses remajakan UMNO, BN berjaya - Nur Jazlan

PRU15: Proses remajakan UMNO, BN berjaya – Nur Jazlan

NUR Jazlan Mohamed (kiri) bertemu penduduk Kampung Skudai Kiri, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Proses meremajakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berjaya membuahkan hasil positif apabila masyarakat termasuk golongan muda semakin mesra BN.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, perkara itu dapat dilihat menerusi kempen yang dijalankan pihaknya di kawasan Parlimen Pulai.

Menurut calon BN di kerusi berkenaan, Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini telah membuktikan usaha itu apabila UMNO dan BN berjaya menubuhkan kerajaan negeri baharu dan melantik Menteri Besar dalam kalangan orang muda.

“Hasrat dan harapan orang muda adalah agar kerajaan tunjuk jalan bantu mereka capai masa depan lebih-lebih lagi selepas kecelaruan politik sejak 2018.

“Mungkin orang muda masih belum lagi buat keputusan, tetapi kerana mereka nak masa depan lebih baik. Jadi, mereka boleh pertimbangkan BN, undi kami dalam PRU15,” katanya selepas berkempen di Skudai Kiri, di sini hari ini.

Nur Jazlan berkata, proses meremajakan UMNO dan BN akan terbukti sekali lagi pada 19 November ini apabila rakyat Malaysia termasuk orang muda memberikan sokongan dan kepercayaan kepada BN untuk kembali mentadbir negara.

“Ini kerana jika dilihat, BN adalah parti politik yang paling ramai meletakkan calon baharu dan muda, di samping calon senior yang benar-benar serius dan komited dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Proses itu telah berlaku dengan lancar di Johor, kini langkah seterusnya adalah dengan memastikan proses sama turut berlaku di peringkat pusat pasca PRU15.

“Adalah penting untuk rakyat memastikan kerajaan negeri dan kerajaan Pusat ditadbir oleh kerajaan yang sama bagi membolehkan segala perancangan dan pembangunan yang telah dirancang dilaksanakan dengan jayanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya