Piala Malaysia: Selangor sebelah kaki ke separuh akhir

Piala Malaysia: Selangor FC sebelah kaki ke separuh akhir

Pemain Selangor, Mukhairi Ajmal (tengah), diasak pemain Negeri Sembilan pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC berjaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 2-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya itu, Tan Cheng Hoe membariskan kesebelasan terbaik buat pasukannya dengan menyenaraikan trio serangan berbisa terdiri daripada Herlison Caion, Hein Htet Aung dan Nor Hakim Hassan.

Selangor hampir membuka jaringan pada minit pertama menerusi percubaan Htet Aung tetapi rembatan yang dilakukan berjaya ditepis penjaga gol NSFC, Ahmad Syihan Hazmi.

Pemain import dari Myanmar itu terus menjadi nadi jentera serangan Gergasi Merah Kuning tetapi beberapa hantaran yang dilakukan gagal disudahkan dengan baik oleh Caion.

Pemain berusia 21 tahun itu sekali lagi memiliki peluang keemasan untuk mencetak nama sebagai penjaring tetapi percubaannya pada minit ke-45 masih gagal menewaskan Syihan sekali gus menyaksikan babak pertama berakhir dengan kedudukan 0-0.

Bersambung separuh masa kedua, Selangor terus meningkatkan intensiti serangan sehingga memaksa pertahanan Negeri Sembilan, Herold Goulon melakukan mengasari Shahrul Nazeem sekali gus dilayangkan kad merah dan tuan rumah memperolehi sepakan penalti.

Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Caion untuk meledak gol pembukaan pada minit ke-55.

Kelebihan beraksi dengan 11 pemain membolehkan skuad Red Giants terus menguasai perlawanan dan mencipta peluang untuk menggandakan jaringan.

Pemain gantian Aliff Haiqal memastikan tuan rumah membawa bekalan selesa ke Paroi, Sabtu ini apabila menjaringkan gol kedua buat tuan rumah pada penghujung babak kedua.

Selangor kini dalam misi memburu Piala Malaysia buat kali ke-34 dalam sejarah selepas kali terakhir mendakap trofi berprestij itu pada edisi 2015 dengan menewaskan Kedah 2-0 di pentas final.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya