PBAPP akan cuba selesaikan gangguan bekalan air kurang 48 jam - Utusan Malaysia

PBAPP akan cuba selesaikan gangguan bekalan air kurang 48 jam

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) akan cuba menyelesaikan gangguan bekalan air berjadual yang bermula 2 hingga 4 Disember depan di tiga daerah di Seberang Perai dalam tempoh kurang 48 jam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, ganguan bekalan air itu tidak melibatkan kawasan pulau dan notis awal mengenainya telah dimaklumkan kepada pengguna oleh PBAPP.

“Kita berharap notis awal yang dikeluarkan kepada pengguna yang terjejas nanti boleh membantu mereka membuat persediaan lebih awal,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, di sini hari ini.

Dalam pada itu, PBAPP dalam kenyataan memaklumkan, gangguan bekalan air berjadual selama 48 jam di tanah besar Pulau Pinang bermula 2 hingga 4 Disember depan disebabkan PBAPP akan menghenti tugas sebahagian Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

“Henti tugas sebahagian LRA Sungai Dua itu bagi membolehkan kerja-kerja penggantian injap berdiameter 1350mm dan 1200mm yang rosak di loji tersebut dapat dilaksanakan,” katanya.

Kenyataan itu menambah, sebanyak 197,851 akaun air meliputi tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah(SPT ) dan Seberang Perai Selatan(SPS) terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual tersebut.

“Daripada jumlah tersebut, 24,615 akaun air akan mengalami tekanan air rendah manakala 173,236 akaun akan terputus bekalan air,” katanya.

Tambahnya, PBAPP akan memaksimumkan jumlah pengeluaran air di LRA Air Itam dan LRA lain di bahagian pulau bagi meminimumkan kesan di bahagian pulau.

“Selain itu, simpanan air di kolam-kolam takungan juga akan ditingkatkan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya