Khalid tak tahu bezakan antara ‘mendapatkan kelulusan’

Khalid tak tahu bezakan antara ‘mendapatkan kelulusan’ dengan ‘memberitahu’ Jemaah Menteri

Johari Abdul Ghani beramah mesra bersama penduduk setempat di sekitar Kampung Pandan sempena kempen beliau untuk Pilihan Raya Umum ke-15. -UTUSAN/ AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH) Parlimen Titiwangsa, Khalid Samad tidak tahu membezakan antara ‘mendapatkan kelulusan’ Jemaah Menteri dengan ‘memberitahu’ Jemaah Menteri berhubung dengan isu tawaran RM1,000 sekaki persegi untuk tanah Kampung Baru.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, perbuatan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu membuat tawaran kepada rakyat tanpa mendapat kelulusan jemaah menteri adalah tidak bertanggungjawab.

“Khalid seperti tidak faham perbezaan antara ‘mendapatkan kelulusan’ Jemaah Menteri dengan ‘memberitahu’ Jemaah Menteri.

“Memberitahu bukan bermakna sudah lulus. Peruntukan RM10 bilion untuk membeli tanah Kampung Baru ini bukan jumlah kecil.

“Adalah tidak bertanggungjawab seorang menteri membuat tawaran sebesar ini kepada rakyat, tanpa mendapat kelulusan Jemaah Menteri. Apakah ini kualiti tadbir urus kerajaan PH dan Khalid Samad sebagai menteri?” Kata Johari seperti yang dipetik dari Free Malaysia Today.

Johari berkata keraguannya mengenai sumber duit untuk membeli tanah Kampung Baru terbukti, selepas calon Pakatan Harapan itu dalam kenyataan semalam berkata duit boleh diperolehi daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Katanya, perbuatan Khalid itu tidak bertanggungjawab kerana membuat andaian syarikat-syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) tersebut bersedia membiayai projek itu.

“Ada beliau dapat persetujuan lembaga pengarah GLIC-GLIC tersebut untuk usaha ini?”

Katanya, Khalid tidak bertanggungjawab kerana membuat andaian syarikat-syarikat pelaburan milik kerajaan (GLIC) tersebut bersedia membiayai projek itu.

“Ada beliau dapat persetujuan lembaga pengarah GLIC-GLIC tersebut untuk usaha ini?”

“Wang syarikat-syarikat ini bukan boleh diambil sesuka hati,” katanya.

Oleh itu beliau meminta Khalid supaya berhenti membuat ‘tawaran temberang’ kepada rakyat selepas pengakuannya itu.

“Khalid akui tiada kelulusan Jemaah Menteri, dia cuma beritahu Mahathir. Dia juga akui tidak ada komitmen kewangan daripada mana-mana pihak, tetapi dia merancang untuk mendapatkan duit daripada GLICm,” katanya.

Khalid sebelum ini berkata, usaha membabitkan tanah Kampung Baru itu akan dilaksanakan sebaik sahaja mendapat persetujuan daripada semua pemilik tanah kerana tidak mahu berlaku seperti di Kampung Sungai Baru.

Bagaimanapun, Johari menyifatkan syarat ‘100 peratus pemilik tanah harus bersetuju dengan tawaran RM1,000 sekaki persegi’ yang diberi Khalid ketika itu sebagai tidak munasabah.

“Mana mungkin syarat-syarat ini dipenuhi kerana setiap penduduk mempunyai nilai tanah mereka tersendiri bergantung kepada keunikan, saiz, serta kedudukan tanah mereka di kawasan mana.

“Tiada kelulusan, tiada dana dan syarat tidak munasabah. Sebab itu tawaran ini ‘tawaran temberang’,” katanya.

Menurut Johari, terdapat banyak pihak yang sering menawarkan janji-janji meragukan buat warga Kampung Baru. “Jadi isu ini perlu dilihat secara keseluruhan. Sebarang tindakan yang diambil tanpa pemahaman yang mendalam mengenai perihal pemilik tanah dan sentimen masyarakat setempat boleh menyebabkan kerugian buat para pemilik dan pewaris dalam jangka masa panjang.”

“Kita hendaklah memastikan hak warga Kampung Baru dilindungi daripada sebarang kegagalan pemaju atau janji-janji manis pemimpin politik.”

“Wang syarikat-syarikat ini bukan boleh diambil sesuka hati,” katanya.

Johari meminta Khalid untuk berhenti membuat ‘tawaran temberang’ kepada rakyat selepas pengakuannya itu. –

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.