Hari pengundian DUN Tioman dijadual semula 7 Disember

Hari pengundian DUN Tioman dijadual semula 7 Disember

PILIHAN Raya bagi DUN Tioman dijadualkan semula pada 7 Disember ini. - GAMBAR HIASAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Hari pengundian Bahagian Pilihan Raya DUN N.42 Tioman, Pahang bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ditangguhkan pada 7 Disember depan berikutan kematian calon Perikatan Nasional (PN),  Allahyarham Md. Yunus Ramli. 

 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, perkara itu diputuskan menerusi mesyuarat khas pihaknya selepas menerima Writ Pilihan Raya yang dikembalikan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.091 Rompin, hari ini.

Beliau berkata, hari penamaan calon bagi pilihan raya berkenaan ditetapkan pada 24 November ini, manakala hari mengundi awal pada 3 Disember dengan tempoh berkempen selama 13 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon sehingga pukul 11.59 malam, 6 Disember. 

“Calon-calon layak yang sah dinamakan sebelum ini dikehendaki hadir ke Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi tujuan cabutan undi untuk menentukan giliran pada kertas undi.  

“Bagi bakal-bakal calon baharu yang ingin bertanding hendaklah menyerahkan Kertas Penamaan Calon yang lengkap diisi dan disemak Pejabat Pegawai Pengurus oleh calon atau penyokong atau pencadangnya semasa Hari  Penamaan Calon di PPC,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Ghani berkata, SPR melantik Pegawai Daerah Rompin, Datuk Ahmad Nasim Mohd. Sidek dan dibantu enam orang Penolong Pegawai Pengurus, manakala bagi tujuan pemantauan aktiviti kempen pilihan raya dipantau dua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR). 

Katanya, Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin, Pahang akan digunakan sebagai PPC dan Pusat Penjumlahan Rasmi Undi dengan seramai 429 petugas dilantik bagi mengendalikan 19 buah pusat mengundi dengan 54 tempat mengundi/saluran melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM 3 juta. 

Beliau memberitahu, seramai 28,465 orang pemilih terdiri daripada 28,200 orang pengundi biasa, 262 orang polis dan tiga orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara bakal mengundi bagi pilihan raya ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya