Afif juara CP 150 Cub Prix 2022

Afif juara CP 150 Cub Prix 2022

Ahmad Afif Amran meraikan kejayaan bersama pasukannya.-IHSAN Petronas Malaysia Cub Prix
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba pasukan Yamaha CKJ Racing, Ahmad Afif Amran menebus kekecewaan musim lalu, apabila bergelar juara keseluruhan Kategori Perdana Cub Prix, CP 150 ketika perlumbaan pusingan kesembilan yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Selatan, semalam. 

Afif dicabar hebat oleh rakan sepasukannya sendiri, Izzat Zaidi dalam perebutan kejuaraan, namun tuah berpihak kepadanya setelah Izzat tidak dapat menghabiskan perlumbaan kerana mengalami masalah jentera ketika pusingan terakhir.

Perlumbaan akhirnya milik pasukan Honda Yuzy Idetmisu, Azroy Hakeem Anuar dan Idlan Haqimi Raduan sementara tempat ketiga pula milik Iqbal Amri Malek daripada pasukan Yamaha Genblu AHM Motorsports. 

Walaupun Afif sekadar menghabiskan perlumbaan di tempat keenam, ia sudah cukup untuk pelumba itu dinobatkan sebagai juara keseluruhan kategori CP 150 dengan mengumpul 157 mata.

Ini merupakan gelaran ketiga Afif dalam kategori CP 150 selepas meraihnya pada musim 2018 dan 2019.

“Syukur dan ribuan terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus membantu saya dengan pencapaian ini,  rezeki saya kerana dapat menjadi juara lagi tahun ini, pujian saya berikan kepada pasukan saya yang bekerja keras, menyiapkan jentera dengan baik bagi setiap perlumbaan dan akhirnya apa yang kami sasarkan dapat juga kami mencapainya pada hari ini, dan kami masih akan berusaha untuk perlumbaan terakhir di Batu Kawan,” jelas Afif selepas tamat perlumbaan.

Bagi kategori CP 125 pula, Muhd Shafiq Rasol daripada pasukan Onexox TKKR Racing pula dinobatkan juara keseluruhan selepas menghabiskan perlumbaan di tempat kedua, dibelakang pelumba YYPang Yamaha Racing, Idil Fitri Mahadi.

Shafiq mengumpul keseluruhan 159 mata untuk meninggalkan pencabar yang juga rakan sepasukannya, Hafiza Rofa yang meraih 117 mata.

Biarpun juara sudah diketahui, saingan Cub Prix masih mempunyai berbaki satu lagi pusingan, iaitu di Litar Batu Kawan, Pulau Pinang 3 hingga 4 Disember depan.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya