4 pasukan berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Pra-U Cup 2022

4 pasukan berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Pra-U Cup 2022

PENGARAH Projek Pra U Cup 2022, Datuk Dr. Pekan Ramli (Tengah) bergambar selepas sidang media penganjuran Kejohanan Bola Sepak Pra-U Cup 2022 di Kementerian Pengajian Tinggi hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak empat pasukan akan bersaing di Kejohanan Bola Sepak Pra-U Cup 2022 yang dijadualkan berlangsung pada 22 hingga 30 November 2022 bertempat di Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (AMD), Gambang, Pahang.

Pengarah Projek Pra U Cup 2022, Datuk Dr. Pekan Ramli berkata, empat pasukan berkenaan ialah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Akademi Bola Sepak Felda, Akademi Bola Sepak Terengganu dan Malaysian University Football Team (MUFT).

Pekan berkata, kejohanan anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang memasuki edisi kedua itu akan memberi ruang dan peluang kepada pasukan bola sepak akademi elit di negara ini beraksi dalam satu kejohanan bola sepak yang kompetetif.

“Selain daripada meningkatkan mutu permainan, kejohanan ini juga akan memperagakan aksi pemain untuk menarik perhatian kelab-kelab dan IPT bagi mendapatkan khidmat mereka selepas mereka menamatkan pengajian di peringkat sekolah.

“Kejohanan ini seterusnya juga akan menjadi satu batu loncatan untuk mereka menyambung pelajaran di istitusi pngajian tinggi sekiranya terdapat IPT yang berminat dengan bakat mereka seterusnya meneruskan usaha KPT untuk melahirkan lebih ramai ‘The Thinking Athlete’ atau ‘The Thinking Footballer’,” katanya.

Dalam kejohanan ini, setiap pasukan akan bermain liga sepusingan manakala, peringat separuh akhir menentukan pasukan yang layak keperlawanan akhir akan menemukan antara pasukan tempat pertama dalam kumpulan bertemu pasukan tempat keempat dan pasukan tempat kedua bertemu pasukan di tempat ketiga.

Pekan yang juga merupakan Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT berkata, juara kejohanan akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tempat kedua RM8,000 manakala tempat ketika dan keempat masing-masing RM6,000 dan RM4,000.

habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.