Terengganu buat KL City menangis di Cheras

Terengganu buat KL City menangis di Cheras

Terengganu buat KL City menangis di Cheras.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Terengganu FC terus berada di landasan untuk mencabar gelaran naib juara Liga Super selepas menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) 2-1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Tiga mata tersebut menyaksikan skuad bimbingan Nafuzi Zain kekal di tangga ketiga dengan 41 mata, berkongsi mata bersama pasukan tangga keempat, Negeri Sembilan.

Sabah yang menumpaskan Sri Pahang 2-1 di tangga kedua dengan hanya memegang kelebihan satu mata.

Itu bermakna, slot ke Piala AFC dan gelaran  naib juara hanya akan ditentukan dalam aksi terakhir Sabtu ini, di mana Terengganu bakal bertandang ke Kedah.

Tempoh enam minit terakhir babak pertama menjadi detik mengecewakan buat KL City yang menyaksikan Terengganu memperoleh dua gol menerusi Manuel Ott pada minit ke-39, diikuti jaringan kedua daripada ketua pasukan, Tchetche Kipre pada masa kecederaan.

Mendahului tuan rumah dua gol tanpa balas, Terengganu terus mempamerkan aksi garang pada babak kedua menerusi peluang melebarkan jaringan namun kekentalan penjaga gol tuan rumah, Kevin Ray Mendoza menafikan hasrat pelawat menambah jaringan.

Tuan rumah yang turut memiliki beberapa peluang akhirnya berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-63 menerusi Morales.

Walaupun KL City terus melancarkan serangan memburu gol kedua dan penyamaan namun kedudukan 2-1 kekal dan memberikan tiga mata penuh buat Terengganu yang melakar kemenangan keempat berturut-turut.

Sementara itu dalam satu lagi aksi yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya City FC bangkit dari episod kekalahan untuk menewaskan Penang FC, 2-0.

Tewas tipis 0-1 ditangan Selangor FC, Jumaat lalu anak didik P.Maniam membuktikan kemampuan meraih tiga mata menerusi jaringan Filemon Anyie Standly minit ke-18 dan Mahali Jasuli ketika perlawanan berbaki tiga minit ditamatkan separuh masa kedua. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.