PRU15: Pas sasar kuasai 40 kerusi Parlimen

PRU-15: Pas sasar kuasai 40 kerusi Parlimen

pru15
TAKIYUDDIN Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pas menyasarkan untuk menang di 40 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang hari pengundiannya pada 19 November ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, secara keseluruhan, Pas dijangka meletakkan calon di lebih 60 kerusi Parlimen pada PRU-15 ini.

Beliau berkata, kira-kira 10 peratus daripada calon berkenaan adalah muka baharu dan 10 peratus daripadanya adalah calon wanita.

“Senarai penuh calon Pas akan diumumkan di peringkat negeri masing-masing pada Rabu ini,” katanya dalam sidang akhbar Pengumuman Pelaksanaan Program Tenaga Hijau Korporat di sini, hari ini.

Ditanya sama ada Pas masih mengekalkan penyandang Ahli Parlimen sedia ada atau sebaliknya, Takiyuddin berkata, beliau mengesahkan ada beberapa penyandang yang tidak dicalonkan semula atas beberapa sebab.

“Itu biasa (penyandang tidak dicalonkan). Mereka bukan digugurkan tapi tidak dicalonkan semula. Malah, ada penyandang yang dicalonkan di tempat lain dan ada juga yang direhatkan.

“Dari segi perkhidmatan, mereka semuanya baik dan kita berpuas hati, namun kita beri peluang kepada muka baharu orang muda dan wanita. Kita dalam Pas ini senang, apa juga keputusan oleh parti akan diterima baik oleh ahli. Dalam Pas tiada istilah merajuk jika tidak dicalonkan semula malah, kita juga berebut untuk tidak
dicalonkan.

“Kami berebut tak mahu dicalonkan kerana jawatan itu adalah satu amanah serta tanggungjawab dan ia juga bukan satu kemegahan,” katanya.

Berhubung khabar angin kononnya penyandang Pas bagi kerusi Parlimen Tumpat dan Bachok tidak dicalonkan semula, Takiyuddin bagaimanapun enggan mengesahkan perkara itu.

“Kita akan umum 2 November ini,” katanya. Untuk rekod, penyandang kerusi Bachok ialah Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz manakala, penyandang kerusi Tumpat pula ialah, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

Takiyuddin bagaimanapun mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Kota Bharu pada PRU-15 ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.