Penggunaan tenaga boleh baharu di tiga pulau jimatkan kos

Penggunaan tenaga boleh baharu di tiga pulau jimatkan kos, pulihara alam

petra
Ir. Guntor Tobeng
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penggunaan tenaga boleh baharu di tiga buah pulau peranginan di negara ini mampu menjimatkan kos di samping dapat memulihara alam sekitar.

Pengarah Urusan Gading Kencana Sdn. Bhd., iaitu salah sebuah syarikat pengendali ladang solar terbesar di negara ini, Datuk (Dr.) Ir. Guntor Tobeng berkata, pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Tioman akan menggunakan TBB sepenuhnya merupakan langkah terbaik untuk kelestarian alam sekitar dan memastikan kawasan pelancongan itu bebas karbon.

Pada masa sama katanya, penggunaan tenaga itu sepenuhnya akan menambahkan lagi keunikan pulau-pulau terbabit di mata pelancong terutama dari luar negara.

Pengumuman Perdana Menteri itu katanya, merupakan satu perkembangan yang baik dan tanda keprihatinan Keluarga Malaysia terhadap penduduk di tiga buah pulau terbabit selain memastikan alam sekitar terjamin.

Lagi pula kata Guntor, penggunaan TBB juga lebih menjimatkan berbanding menggunakan janakuasa diesel untuk menjana tenaga bagi kegunaan penduduk selain mengurangkan pelepasan karbon.

“Penggunaan TBB menjimatkan kos. Kalau kita menggunakan diesel harganya adalaah RM4.50 untuk satu kilowatt per jam. Tetapi jika menggunakan solar dan bateri kos dapat dikurangkan
separuh.

“Lebih penting lagi, dengan menggunakan TBB di ketiga-tiga buah pulau ini ia dapat mengurangkan pelepasan karbon 70 peratus lebih rendah,” katanya.

Katanya, langkah itu selari dengan pembentangan Perdana Menteri dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang lalu, yang telah mengumumkan aspirasi negara untuk mencapai sasaran pelepasan gas rumah kaca (GHC) bersih sifar pada tahun 2050.

Perdana Menteri ketika berucap merasmikan Persidangan Tenaga Lestari Antarabangsa (ISES) Ke-5 2022 semalam antara lain mengumumkan pelaksanaan inisiatif perintis pembangunan Pulau Tenaga Hijau di Pulau Redang dan Pulau Perhentian, Terengganu dan Pulau Tioman.

Ia bagi menyediakan bekalan elektrik yang konsisten, mampu bayar dan rendah pelepasan karbon.

Pengguna elektrik di ketiga-tiga buah pulau peranginan itu akan menerima bekalan elektrik selama 24 jam menjelang tahun 2025, sekali gus mengurangkan kira-kira 70 peratus pelepasan gas rumah kaca.

Guntor menambah, penggunaan tenaga hijau di ketiga-tiga buah pulau itu akan memberikan imej yang baik kepada Malaysia kerana mempelopori penggunaan tenaga bersih yang tidak mencemarkan alam sekitar di pulau-pulau percutian.

Katanya, secara tidak langsung ia memberitahu dunia bahawa Malaysia amat mementingkan alam sekitar dengan komitmen untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida melalui pengguna TBB ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN