Osteoporosis ancam nyawa

Osteoporosis ancam nyawa

Osteoporosis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Mukadimah

Mereka yang berusia 60 tahun atau lebih terutama yang pascamenopaus, menjalani gaya hidup yang tidak aktif, menghisap rokok, atau mengambil jumlah kafein dan alkohol yang tinggi perlu sentiasa berwaspada akan kesan osteoporosis.
Kesan osteoporosis bukan perkara remeh. Patah tulang awal atau seterusnya akibat osteoporosis tidak boleh dipandang ringan. Untuk fahami masalah ini ikuti soal jawab bersama pakar panelis dari Bone Health Alliance Malaysia (BHAM) iaitu Pakar Perunding Endokrinologi, Dr. Luqman Ibrahim dan Pakar Perubatan Dalaman dan Geriatrik, Dr. Hakimah Sallehuddin yang akan berkongi ilmu tentang kesan osteoporosis dan pencegahan patah tulang.

Apakah itu Osteoporosis dan bagaimana saya tahu jika saya menghidapinya?
Osteoporosis’ bermaksud ‘tulang berliang’. Ia adalah penyakit yang melemahkan tulang, dan jika menghidapinya, anda berisiko lebih besar untuk patah tulang secara tiba-tiba dan tidak dijangka. Ia adalah penyakit yang senyap. Pesakit selalunya tidak didiagnosis sehingga mereka mengalami patah tulang. Kebanyakannya adalah patah tulang pinggul, pergelangan tangan, dan tulang belakang.

Osteoporosis

Tetapi patah tulang dan osteoporosis hanyalah sebahagian daripada penuaan, bukan?
Osteoporosis menyebabkan tulang menjadi lemah dan rapuh sehingga mudah patah – walaupun dari jatuh kecil atau bersin – osteoporosis bukan sebahagian normal penuaan. Ia merupakan penyakit yang biasa dialami, serius, dan juga boleh membawa maut. Patah tulang yang disebabkan oleh osteoporosis boleh mengancam nyawa. Berita baik ialah, jika orang ramai dilengkapi dengan pengetahuan tentang osteoporosis, penyakit ini boleh dirawat pada masa yang tepat dan kadangkala boleh dicegah.
Bolehkah doktor berkongsi lebih lanjut mengenai fraktur akibat kerapuhan tulang? Atau dalam bahasa perubatan dipanggil ‘fragility fracture’.
Fraktur ini ialah kepatahan tulang disebabkan kerapuhan atau osteoporosis bila anda jatuh dari ketinggian berdiri atau kurang. Osteoporosis dan penyakit tulang lain boleh meningkatkan kesan usia ini, dan seterusnya melemahkan tulang.
Ini bermaksud jatuh berimpak rendah dari ketinggian berdiri boleh menyebabkan tulang patah, juga dikenali sebagai patah tulang osteoporosis.

Mengapa perkara ini penting untuk saya ketahui?
Saya ingin tekankan bahawa individu yang pernah mengalami fraktur kerapuhan atau patah tulang osteoporotik sebelum ini mempunyai peningkatan risiko patah tulang pada masa hadapan. Risiko dalam dua tahun pertama adalah tinggi selepas patah tulang awal.
Hampir satu dalam empat rakyat Malaysia sahaja yang mengalami patah tulang dapat berjalan secara bebas enam bulan selepas keluar dari hospital. Manakala 14 peratus tidak boleh bergerak, dan selebihnya memerlukan bantuan berjalan. Hampir 60 peratus bergantung kepada orang lain untuk memenuhi aktiviti kehidupan seharian. Dari perspektif global, osteoporosis menyumbang jumlah hari di hospital yang lebih tinggi berbanding penyakit kanser payudara.
Patah tulang berkaitan dengan osteoporosis boleh menyebabkan kadar morbiditi dan tidak keupayaan yang ketara, mengurangkan kualiti hidup, dan juga boleh menyebabkan maut dalam kes yang teruk.

Bolehkah saya mencegah osteoporosis?
Faktor yang boleh meningkatkan risiko osteoporosis adalah seperti sejarah keluarga, status pasca menopaus, berat badan rendah, diet rendah kalsium, dan pengambilan kafein yang tinggi, alkohol, dan atau rokok. Tetapi ada langkah-langkah yang kita boleh ambil untuk mencegah osteoporosis seperti mengambil makanan seimbang yang tidak hanya kaya dengan kalsium tetapi juga protein, iaitu nutrien utama untuk kesihatan tulang. Vitamin D adalah nutrien lain yang sangat penting untuk kesihatan tulang, yang paling utama diperoleh daripada sinar matahari dan dalam jumlah yang terbatas daripada makanan. Pastikan anda mendapat sekurang-kurangnya 10 hingga 20 minit pendedahan cahaya matahari setiap hari, sumber penting Vitamin D untuk memperkuat kesihatan tulang.

Setelah patah tulang saya sembuh, betulkah saya tidak mempunyai apa-apa yang perlu dibimbangkan?
Individu yang pernah mengalami patah tulang osteoporotik sebelum ini mempunyai 86 peratus peningkatan risiko patah tulang osteoporotik berikutnya, dengan risiko yang tinggi dalam dua tahun pertama selepas patah tulang. Selepas patah tulang awal, wanita selepas menopaus adalah lima kali lebih berkemungkinan mengalami patah tulang lagi dalam tahun pertama.
Patah pinggul adalah patah tulang osteoporosis yang paling biasa dalam kalangan orang tua. Malah, 25 peratus daripada mereka yang mengalami patah tulang pinggul di Malaysia melaporkan pernah mengalami sekurang-kurangnya satu kejatuhan sebelum ini, 13 peratus melaporkan mengalami patah tulang rapuh/osteoporosis, manakala lima peratus menyatakan telah mengalami patah tulang pinggul.

Seberapa serius boleh patah tulang pinggul menjadi?
Yang membimbangkan, 21 hingga 30 peratus pesakit yang mengalami patah tulang pinggul mati dalam tempoh satu tahun selepas patah tulang. Bagi yang selamat pula akan kehilangan fungsi dan kebebasan adalah ketara, dengan 40 peratus tidak dapat berjalan secara bebas dan 60 peratus memerlukan bantuan.
Hanya 54 peratus daripada mereka yang dimasukkan ke hospital dengan patah tulang pinggul akan pulang ke rumah dalam tempoh 30 hari. Fraktur osteoporosis juga boleh membawa kepada kualiti hidup yang lebih teruk dan memberi kesan negatif kepada fizikal, sosial, kewangan dan kesejahteraan psikologi.

Bilakah masa yang sesuai untuk berjumpa doktor?
Wanita selepas menopaus khususnya harus berunding dengan doktor mereka untuk dipantau dan dinilai secara berkala, walaupun osteoporosis menjejaskan kedua-dua lelaki dan wanita tua. Satu daripada dua wanita dan sehingga satu daripada empat lelaki berumur 50 tahun ke atas akan mengalami patah tulang yang berkaitan dengan osteoporosis dalam baki hayat mereka. Malah, antara tahun 2000 dan 2011, terdapat 4.9 juta dimasukkan ke hospital kerana patah tulang berkaitan osteoporosis.
Osteoporosis sebenarnya boleh dicegah melalui gaya hidup yang proaktif dan ada pilihan rawatan yang tersedia untuk keputusan yang lebih baik.
BHAM juga menyokong acara sempena Hari Warga Emas Antarabangsa anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk meningkatkan kesedaran tentang osteoporosis.

Kunjungi ‘booth’ BHAM dan bercakap dengan pakar BHAM untuk mengetahui lebih lanjut tentang osteoporosis dan peluang memenangi baucar pemeriksaan ketumpatan mineral tulang (DXA scan) bernilai RM250 setiap satu!

Tarikh: 11 dan 12 Oktober 2022 ​
Masa: 8 pagi – 4 petang
Tempat: Tingkat Bawah, Bangunan Plaza PPUM
Ikuti BHAM di Facebook untuk maklumat terkini tentang aktiviti akan datang dan tips penjagaan kesihatan tulang: www.facebook.com/BoneHealthAllianceMY

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya