KPDNHEP, MAFI atasi masalah kurang ayam, telur

KPDNHEP, MAFI atasi masalah kurang ayam, telur

ALEXANDER Nanta Linggi meletak kad sebagai gimik perasmian Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 2022 di Angsana Mall, Johor Bahru, semalam. - FOTO/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan sesi libat urus bersama penternak ayam bagi meningkat pengeluaran telur yang kini sukar didapati di pasaran.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sesi libat urus tersebut akan turut melibatkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Jabatan Veterinar.

Katanya, perkara itu bagi mengenal pasti permasalahan dihadapi penternak ekoran kekurangan bekalan telur ayam dan bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Telur ini kita dapat maklumat ada berlaku kekurangan bekalan, dan pemantauan sedang dibuat secara berterusan. Namun kita akan adakan sesi libat urus dengan penternak untuk tingkatkan pengeluaran bekalan telur.

“Kita juga akan lakukan penguatkuasaan, jika terdapat mana-mana pihak yang didapati melakukan perbuatan menyalahi undang-undang (seperti menyorokkannya bekalan), kita akan kenakan tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) Tahun 2022 dan Pelancaran Penandaan Logo Barangan Malaysia yang diadakan di pusat beli belah Angsana Johor Bahru Mall.

Turut hadir, Pengarah KPDNHEP Johor, Mohd. Hairul Anuar Bohro dan Pegawai Daerah Johor Bahru, Datuk Abdul Rahman Salleh.

Sementara itu, beliau turut menasihati pengguna untuk menggunakan kuasa mereka dengan bijak dan tidak menyalahkan kerajaan semata-mata dalam soal kekurangan bekalan produk.

“Pihak kerajaan sudah melaksanakan langkah yang perlu, tetapi agak sukar untuk kita jamin masalah bekalan akan seperti telur akan selesai segera. Namun kita ingatkan pengguna tumpu kemarahan kepada mereka, bukan kepada kerajaan dan penguatkuasa.

“Tidak adil pengguna tumpu kemarahan kepada penguatkuasa yang sebenarnya sedang membantu untuk menyelesaikan masalah ini, jadi saya harap pengguna gunakan hak dengan lebih baik,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihaknya turut memberitahu bekalan barangan keperluan asas mencukupi sempena sambutan perayaan Deepavali tidak lama lagi.

“Seperti kebiasaan, kita akan laksanakan skim kawalan harga barangan bagi beberapa produk sempena musim perayaan. Selain itu berdasarkan pemeriksaan kita dapati bekalan barangan keperluan asas adalah mencukupi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.