Keluarkan single, Diyla menyanyi tanpa pengetahuan DSV

Keluarkan single, Diyla menyanyi tanpa pengetahuan DSV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mengorak langkah berani menghasilkan single berjudul Khilaf, pembantu peribadi Datuk Seri Vida (DSV), Diyla Jazz mengakui, keputusannya menceburi bidang seni tidak diketahui selebriti dan usahawan kosmetik terkenal itu.

Menurut Diyla, dia tidak berniat menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan DSV, sebaliknya menunggu waktu sesuai untuk bercerita secara hati ke hati dengan penyanyi lagu Ku Ikhlaskan tersebut.

“Tidak ada sebab saya menyembunyikan keinginan untuk serius menceburi bidang nyanyian daripada DSV. Mungkin keadaan belum sesuai kerana saya perlukan masa untuk membuat pilihan apa yang saya minati.

“Jujurnya, minat menyanyi sudah lama ada iaitu sejak zaman persekolahan lagi. Cuma, mungkin keyakinan dalam diri tidak ada. Baru sekarang saya yakin untuk serius.

“Nak kata saya cuba ikut jejak langkah DSV, rasanya tidak. Saya melihat peluang ini sebagai rezeki yang datang secara tiba-tiba,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, semalam.

Berkongsi mengenai single Khilaf, Diyla berkata, ia dihasilkan komposer, Sam Daud dan merupakan lagu duetnya bersama pempengaruh media sosial, Faiz Aizif.

Tambahnya, proses rakaman lagu itu tidak mengambil masa yang lama, malah mengakui seronok bekerjasama dengan Faiz.

“Rakaman mengambil masa selama empat jam sahaja. Alhamdulillah, dipermudahkan. Selepas rakaman lagu, seminggu kemudian kami terus usahakan buat video muzik pula yang mendapat tajaan beberapa VVIP dan rakan usahawan lain,” katanya.

Ditanya sama ada dia bercadang untuk meletakkan jawatan sebagai pembantu peribadi DSV dan memberi fokus pada bidang seni, Diyla berkata, dia masih dalam tempoh bercuti.

“Untuk masa akan datang, saya tidak pasti. Andai ada rezeki, mungkin akan masih bersama dengan DSV. Andai rezeki bukan lagi bersamanya, saya reda,” katanya.

Video muzik Khilaf telah dilancarkan di saluran YouTube TWT Entertainment pada 12 Oktober lalu dan sehingga kini mendapat tontonan mencapai hampir 50,000 dengan lebih 2,000 tanda suka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya