Kami tidak pernah bersetuju dengan UMNO - Ahmad Faizal

Kami tidak pernah bersetuju dengan Ahmad Maslan – Ahmad Faizal

AHMAD FAIZAL Azumu (dua dari kiri) mengiringi Ismail Sabri Yaakob dalam majlis perasmian Hari Sukan Negara 2022 peringkat kebangsaan di Putrajaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perikatan Nasional (PN) mendakwa bahawa blok itu mempunyai hak tersendiri untuk tidak bersetuju dengan pendirian Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam isu pembubaran segera Dewan Rakyat.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sebagai sebuah negara demokrasi, semua parti politik berdaftar bebas bagi menyuarakan pandangan masing-masing. 

“Malaysia ini negara demokrasi, kami (PN) fikir perlu sampai hasrat dan mempersembahkan pendirian rasmi kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyaksikan perasmian Hari Sukan Negara 2022 peringkat kebangsaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , di sini hari ini. 

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan membidas 12 menteri PN kerana mengutuskan warkah kepada Seri Paduka Baginda secara rahsia pada 3 Oktober lalu sekali gus menggambarkan Perdana Menteri hilang keabsahan sokongan politik dalam kerajaan campuran yang diketuainya sendiri.

Pandangan Ahli Parlimen Pontian itu turut disokong ramai tokoh Barisan Nasional (BN) dan isyarat kewajaran Dewan Rakyat kena dibubarkan kerana PN biadab mengkhianati Ismail Sabri.

Mengulas lebih lanjut, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu dalam nada sinis berkata bahawa selama ini pun Ahmad langsung tidak pernah sependapat dengan PN.

“Kami (PN) sendiri juga tidak pernah sependapat dengan beliau namun kena ingat, ada yang bersetuju dan ada turut tidak setuju, maka tidak perlulah bergaduh isu ini,” kata Ahmad Faizal.

Ahli Parlimen Tambun itu bagaimanapun enggan mendedahkan intipati perbincangan mesyuarat Kabinet semalam sama ada jemaah menteri ada memperkatakan isu pembubaran Parlimen.

Secara berjenaka, beliau menambah, perkara ini adalah rahsia dan enggan ‘masuk’ ke neraka kerana telah bersumpah atas nama Allah bagi tidak membocorkan isi mesyuarat mingguan itu.

Beliau namun dalam nada optimis berkata, jika Dewan Rakyat dibubar dalam masa terdekat, PN akan kembali menjadi kerajaan buat kali kedua setelah tumbang tanpa diduga tahun lalu, malah, yakin Bajet 2023 jika dibentangkan PN kelak jauh lebih baik berbanding apa yang dibawa Menteri Kewangan BN semalam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN