76 maut bot terbalik di Nigeria - Utusan Malaysia

76 maut bot terbalik di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAGOS: Sekurang-kurangnya 76 orang maut selepas sebuah bot yang sesak dengan penumpang, karam di Anambara, di tenggara Nigeria.

Menurut Presiden Nigeria Muhammadu Buhari, ketika kejadian, kira-kira 85 orang menaiki bot berkenaan yang terbalik di Ogbaru, Anambara susulan kejadian banjir di kawasan terbabit.

“Bot yang membawa 85 orang, terbalik berikutan peningkatan banjir di kawasan Ogbaru di negeri itu.

“Setakat ini, agensi pengurusan bencana mengesahkan angka kematian meningkat kepada 76 orang,” jelas pejabat Buhari yang memetik beliau sebagai berkata.

Buhari turut mengarahkan pasukan perkhidmatan kecemasan memberikan bantuan kepada mangsa.

Terdahulu, pasukan perkhidmatan kecemasan memaklumkan peningkatan paras air menghalang usaha mencari dan menyelamat.

Insiden nahas bot kerap berlaku di perairan Nigeria disebabkan lebihan muatan penumpang, kelemahan penyelenggaraan dan cuaca buruk.

Sejak permulaan musim hujan, banyak wilayah di negara Afrika Barat yang mempunyai lebih 200 juta penduduk terjejas akibat banjir.

Menurut perkhidmatan kecemasan, lebih 300 terbunuh dan sekurang-kurangnya 100,000 kehilangan tempat tinggal dalam bencana terburuk negara itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya