Tekong bot ditahan bersama 265 bungkusan benih udang

Tekong bot bersama 265 bungkusan benih udang

BUNGKUSAN plastik lutsinar yang disyaki mengandungi benih udang dirampas oleh Maritim Malaysia menerusi penahanan sebuah bot fiber pada kedudukan lebih kurang 1.1 batu nautika dari barat pesisir pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis, Perlis, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis menahan seorang tekong dan awak-awak sebuah bot yang cuba menyeludup masuk 265 bungkusan plastik mengandungi benih udang di perairan Kuala Perlis, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Hashim Mat Zain berkata, pihaknya menahan bot berkenaan pada pukul 3.20 petang di kedudukan 1.1 batu nautika dari barat pesisir pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis, sewaktu rondaan Op Aman dan Op Benteng Laut.

Katanya, anggaran nilai keseluruhan rampasan termasuk sebuah bot, enjin sangkut dan benih udang berkenaan adalah sekitar RM41,500.

“Menerusi pemeriksaan itu, kita mendapati terdapat seorang tekong dan awak-awak warga tempatan berumur 31 dan 35 tahun berada di atas bot itu yang membawa 265 bungkusan plastik putih lutsinar disyaki mengandungi benih udang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Hashim berkata, semua barang rampasan termasuk tekong dan awak-awak itu dibawa ke jeti Zon Maritim Kuala Perlis untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat bagi tindakan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 Seksyen 8 (a) dan Seksyen 40 (1) (a).

“Udang amat penting dalam ekonomi dan ia menjadi penanda aras bagi kepelbagaian biodiversiti sumber perikanan yang terdapat di perairan kita. 

“Oleh demikian, stok udang harus dijaga secara terurus, sistematik dan mampan agar sumbernya tidak pupus dari perairan negara kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.