Seorang daripada 11 mangsa bot karam di Mukah maut,

[KEMAS KINI] Dua daripada 11 mangsa bot karam di Mukah ditemukan maut, 1 masih hilang

OPERASI mencari dan menyelamat dua mangsa lemas masih giat dijalankan oleh pasukan SAR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUKAH: 10 daripada 11 mangsa bot karam dijumpai dengan dua daripada mereka disahkan meninggal dunia  dalam kejadian di perairan Mukah, Selasa lalu.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd. Khairol Anuar Saad berkata, jumlah penemuan itu setakat pukul 5 petang ini.

“Seorang mangsa masih hilang. Mereka dipercayai dibawa arus sehingga ke pesisir pantai dan satu mayat  dijumpai oleh bot pemancing Himajaya 7 pukul jam 10.30 pagi tadi,” katanya.

Menurut Mohd Khairol, mangsa-mangsa yang selamat termasuk dua kru kapal dikenal pasti Lingsan Spawi, Anuar Spawi manakala enam pemancing ialah sebagai Wong Chiang Hie, Lewis Yung Koh Ing, Chieng Hock Hung, Wang Ting Ping, Chong Fei Foo dan Lee Sie Soon.

“Mangsa yang meninggal dunia ialah Sabli Jun yang merupakan tekong kapal dan seorang lagi pemancing dikenali sebagai Wong Siaw Tiang,” jelasnya.

Seorang lagi pemancing yang masih hilang dikenali sebagai Wong Ik Kong dan semua mangsa merupakan lelaki warga tempatan.

“Mereka yang selamat dibawa ke Hospital Mukah untuk menerima rawatan dan tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN