KJ enggan ulas tawaran UMNO Alor Setar

‘Saya tak akan jawab soalan itu’

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin enggan ulas berhubung tawaran daripada UMNO Bahagian Alor Setar untuk bertanding di kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya tak akan jawab soalan itu,” katanya ketika ditanya mengenai tawaran untuk beliau bertanding di situ.

Isnin lepas, Khairy dalam sidang akhbar di Kedah secara berseloroh mengatakan akan bertanding di sana pada PRU15 nanti. 

Malah, Timbalan Ketua UMNO Alor Setar, Zambri Mat dalam hantaran di Facebook hari ini mendedahkan isu pencalonan Khairy turut dibincang dalam mesyuarat bersama UMNO peringkat cawangan, baru-baru ini.

Cakap-cakap berhubung kawasan ditandingi bekas Pemuda UMNO itu bermula selepas beliau mendedahkan diminta untuk mengosongkan kerusi Parlimen Rembau yang dimenangi PRU14 lepas untuk memberi laluan kepada Timbalan Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang mahu bertanding di Parlimen itu, selain mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya sejak 2004.

Bagaimanapun, Mohamad menyatakan bahawa UMNO belum menentukan calon-calon dan kerusi yang akan bertanding dalam PRU15, sebaliknya sedang giat menyiapkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, sebanyak 500 pesakit kanser hospital kerajaan bakal mendapat perkhidmatan percuma bagi rawatan radioterapi dan radiosurgeri.

“Mereka akan dikenal pasti dan dirujuk oleh Kementerian Kesihatan dan bakal menerima rawatan di tujuh rangkaian hospital di bawah IHH Healthcare Malaysia yang dilengkapi dengan teknologi terkini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN