Parti 'syok sendiri' akan berkubur dulu  - Hasni

Parti ‘syok sendiri’ akan berkubur dulu  – Hasni

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad menyanggah kenyataan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa parti politik berasaskan kaum Melayu akan berkubur dalam tempoh tujuh tahun akan datang. 

Sebaliknya menurut beliau, parti politik yang akan berkubur adalah yang tidak mengangkat perjuangan rakyat dan bersifat syok sendiri.

“Parti-parti politik berasaskan Melayu atau secara umumnya politik kepartian berasaskan nilai-nilai konservatif rentas bangsa tidak akan berkubur dalam tempoh lima hingga tujuh tahun lagi.

“Mungkin yang dahulu berkubur adalah parti atau pakatan politik yang ‘syok sendiri’,” katanya dalam hantaran terbaharu dalam laman Facebook rasminya, di sini.

Bekas Menteri Besar Johor itu berpendapat, parti politik sedia ada perlu fokus dalam mengangkat dan memperjuangkan isu-isu yang dekat dalam hati rakyat.

“Buat waktu ini, lebih elok untuk setiap parti kekal fokus dalam memberikan tawaran terbaik untuk rakyat. 

“Demokrasi akan jadi lebih baik apabila parti-parti politik menghormati kepelbagaian cita rasa pengundi,” jelasnya.

Terdahulu, Rafizi yang juga bekas Ahli Parlimen Pandan dilaporkan berkata bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan terkubur dalam tempoh beberapa tahun akan datang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya