CALIFORNIA: Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat memaklumkan akan berusaha melancarkan roket bulan baharu, Sabtu ini.
Pelancaran dijangka dilakukan pada pukul 2.17 petang (waktu tempatan) di Pusat Angkasa Lepas Kennedy di Florida.
Pengawal akan diberi masa selama dua jam untuk mengeluarkan roket itu dari bumi.
Sistem Pelancaran Angkasa Lepas (SLS) merupakan kenderaan pelancar terbesar yang dibangunkan oleh agensi tersebut yang setara dengan roket moden Saturn V yang pernah menghantar manusia ke bulan pada 1960an hingga 1970an.
Namun, roket tersebut mempunyai lebih banyak tujahan pada pad pelancaran.
SLS akan menghantar kapsul kru baharu besar yang dipanggil Orion dalam satu misi ke bulan di bawah program Artemis NASA.
Misi pertama Artemis I ini akan menjadi demonstrasi tanpa kru.
Isnin lalu, misi pelancaran roket tersebut gagal selepas mengalami masalah suhu di bahagian enjin.
Selepas menyemak data, jurutera mengenal pasti salah satu daripada empat enjin gagal menyejukkan suhu operasi yang diperlukan.
Mereka berpendapat ia berkemungkinan berkaitan bacaan penderia yang tidak tepat dan masalah itu dapat ditangani semasa hari pelancaran dengan strategi yang betul.-BBC