Mavcom perlu siasat kenaikan tambang kapal terbang

Mavcom perlu siasat kenaikan tambang kapal terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Suruhanjaya Penerbangan Ma­laysia (Mavcom) perlu melakukan siasatan menyeluruh berhubung isu kenaikan harga tambang kapal terbang ketika waktu puncak seperti musim cuti sekolah dan cuti pe­rayaan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, tidak adil kepada pengguna sekiranya mereka terus dibebani dengan kenaikan tambang kapal terbang setiap kali tiba musim cuti.

MOHIDEEN ABDUL KADER

“Mavcom mempunyai peranan untuk membendung kenaikan tambang kapal terbang ketika waktu puncak se­perti musim cuti sekolah dan cuti perayaan.

‘’Sekiranya berlaku kenaikan tambang yang tidak munasabah oleh syarikat penerbangan, Mavcom perlu menyiasat dan mengambil tindakan segera supaya perkara sebegini tidak berterusan,’’ katanya.

Syarikat penerba­­ngan didakwa sekali lagi me­naikkan harga ketika orang ramai merancang perjalanan sempena cuti persekolahan ketika ini.

Semakan Utusan Malaysia menerusi laman sesawang rasmi dua syarikat penerbangan untuk jadual penerbangan kelmarin mendapati, kedua-duanya mengenakan bayaran berbeza mengikut jadual dan kelas penerbangan, namun secara purata masih mahal. Ekoran harga tambang mencecah hampir RM3,000, ada yang terpaksa membatalkan rancangan perjalanan kerana kos tersebut.

“Orang ramai selalunya tidak mempunyai pilihan, mereka terpaksa menggunakan khidmat syarikat penerbangan sekiranya mahu pulang ke kampung,” ujarnya. –UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

BERITA BERKAITAN