KL City kenduri gol di Cheras

KL City kenduri gol di Cheras

Pemain KL City meraikan jaringan ketika menentang Sarawak United di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Kuala Lumpur City (KL City), Ryan Lambert meledak hatrik untuk membantu kemenangan 5-0 ke atas Sarawak United FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras sebentar tadi.

Tiga gol pada babak pertama sebelum dua gol di babak kedua menghiasi 90 minit masa perlawanan yang diwarnai dengan aksi menyerang dipamerkan kedua-dua pasukan.

Kemenangan itu pastinya memberikan suntikan motivasi terbaik buat skuad warga kota menjelang pertembungan dengan kelab dari Uzbekistan, Sogdiana Jizzakh di pentas final Antara Zon PIala AFC, minggu depan.

Perlawanan yang terpaksa dihentikan selepas 17 minit aksi berlangsung ekoran masalah lampu limpah memperlihatkan aksi seimbang baik Kuala Lumpur City FC selaku tuan rumah mahu pun Sarawak United FC.

KL City memperoleh dua jaringan pantas menerusi ketua pasukan, Paulo Josue pada minit ke-28, diikuti gol kedua daripada Lambert, seminit kemudian.

Carta kedudukan Liga Super

Usaha keras yang dipamerkan Lambert jelas terbalas apabila meledak gol kedua peribadi untuk meletakkan KL City makin selesa 3-0 ketika perlawanan berbaki empat minit menuju ke bilik persalinan.

Lambert melengkapkan hatriknya selang lapan minit bersambung babak kedua ketika sebelum pemain gantian, Jordan Mintah memastikan malam gemilang buat KL City dengan menjaringkan gol kelima pada minit ke-85 yang menoktahkan kemenangan mutlak tuan rumah.

Tiga mata diraih The Hawks membolehkan skuad bimbingan Bojan Hodak memintas Kedah Darul Aman FC untuk menghuni tangga kelima selain menghadiahkan kekalahan keempat buat skuad The Crocs dalam lima aksi terakhir.–UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.