Kalau kerajaan gagal elok setuju adakah segera PRU15

Kalau kerajaan gagal elok setuju segerakan PRU-15 – Abdul Rahman Dahlan

pru15
ABDUL RAHMAN DAHLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pembangkang sepatutnya bersetuju untuk mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lebih awal jika benar kerajaan hari ini gagal seperti yang didakwa.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, kerajaan yang gagal perlu diganti iaitu dengan segera melakukan PRU15.

“Kalau kerajaan hari ini dikatakan gagal dan sebagainya sepatutnya ambillah peluang untuk jatuhkan BN. Tetapi aneh dan ajaib. Di negara-negara lain semua parti pembangkang mahukan pilihan raya diadakan secepat mungkin agar mereka boleh diberikan peluang untuk menjadi kerajaan.

“Di sini terbalik pula. Kita pula yang dalam kerajaan mahu untuk memberikan legitimasi kepada kerajaan yang dibentuk sekarang ini, yang ada kaitan dengan keputusan ahli parlimen dan bukannya keputusan rakyat. Kita mahu kembalikan kepada rakyat untuk memberikan mandat baharu kepada kerajaan,” katanya dalam program bual bicara di Facebook UMNO Online malam tadi.

Abdul Rahman berkata, sikap pembangkang itu menimbulkan persoalan kerana mereka bukan sahaja pelik malah pandangan mereka mengenai pilihan raya umum juga juga amat ‘ajaib’

Katanya, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli antara yang mendakwa kerajaan hari ini gagal dan sebagainya.

“Jika kerajaan hari ini didakwa gagal, mereka sepatutnya setuju untuk Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

“Kita konsisten sejak Langkah Sheraton.  Kita mahukan pilihan raya dan itu yang kita mahukan bukannya sekarang sahaja.

“Keduanya kita pun berada dalam masa yang bersesuaian dan selalunya pilihan raya ini diadakan antara empat hingga empat tahun setengah sebelum habis tempoh dan kita berada dalam kedudukan itu sekarang maka bukan benda yang pelik mahupun ajaib untuk mengadakan pilihan raya empat tahun setengah selepas pilihan raya yang lalu,” katanya.

Katanya, Beliau seterusnya menambah, tahun depan pelbagai cabaran yang mendatang dan ianya dikhuatiri kerajaan yang dibentuk selepas itu tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berdepan dengan cabaran yang ada.

“Kita konsisten dan apabila kita pergi ke pilihan raya ini kita mahukan rakyat membuat keputusan sebab tahun depan kita akan berdepan dengan lebih banyak  cabaran terutama cabaran ekonomi.

“Kalaulah PRU diadakan pertengahan tahun depan maka kerajaan yang ada pada tahun depan itu hanya memikirkan politik untuk enam bulan yang pertama.

“Selepas itu katakanlah menang dan terbentuk kerajaan pada bulan enam atau bulan tujuh, ia tidak cukup masa untuk menangani masalah-masalah ekonomi yang bakal mendatang pada tahun hadapan,” katanya.

Katanya, begitu juga dengan kritikan  Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri yang menjadi sebab kenapa tidak perlu dipertahankan kerajaan yang ada hari ini.

“Apabila Muhyiddin mula mengkritik Perdana Menteri, tidak ada sebab lagi untuk mempertahankan kewujudan kerajaan hari ini. Baik kita pergi kepada rakyat dan minta mandat baharu.

“Tidak semestinya BN menang walaupun kita yakin. Pilihlah mana yang terbaik dan pilihlah parti yang mempunyai ‘track record’, yang mempunyai pengalaman dan mudah-mudahan parti itu adalah BN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN