Geran MOTAC bantu anjur acara antarabangsa

Geran MOTAC bantu anjur acara antarabangsa

MOHD HAIRI MAD SHAH (dua dari kiri) melakukan 'flag off' 113 Triathlon Desaru di Lotus Desaru Beach Resort, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Kerajaan negeri berharap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dapat meneruskan pemberian Geran Sepadan Sektor Pelancongan (GSSP) supaya lebih banyak program bertaraf antarabangsa dapat dianjurkan di Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, inisiatif itu juga secara tidak langsung dapat mengurangkan beban kerajaan negeri.

“Saya lihat kerjasama potfolio dalam pelancongan dan sukan dengan pelancongan sukan kini menjadi tarikan di seluruh Malaysia. Saya ucap terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana mengambil inisiatif yang baik kepada penganjur dengan memberi geran yang cukup bagus dan berkesan ini.

“Saya harapkan pihak MOTAC khususnya dapat meneruskan geran ini agar pihak penganjur-penganjur program besar dapat anjurkan program di sini dengan kerjasama pejabat-pejabat daerah mahupun kerajaan negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas melakukan ‘flag off’ program 113 Triathlon Desaru di Lotus Desaru Beach Resort, dekat sini hari ini.

Mohd. Hairi mengakui teruja dengan penganjuran 113 Triathlon Desaru itu yang disertai lebih 1,000 atlet dari dalam dan luar negara termasuk ASEAN dan Eropah.

Acara tersebut adalah edisi ketujuh sejak dimulakan pada 2014 dan menjadi salah satu acara bertaraf antarabangsa yang dianjurkan di Desaru selepas pandemik Covid-19.

Mohd. Hairi berkata, banyak lagi acara bertaraf antarabangsa bakal dianjurkan di Johor hingga hujung tahun ini, antaranya Spartan Stadion yang julung kali diadakan di Stadium Sultan Ibrahim pada 24 September ini.

Mengulas tentang Sukan Malaysia (Sukma) 2022, Mohd. Hairi yakin Johor dapat mencapai sasaran antara 40 hingga 50 pingat emas seperti yang dinyatakan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Persembahan yang ditunjukkan para atlet kita amat di luar jangkaan dan kita kini berada di tangga teratas namun kita tidak mahu mendabik dada,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya