CAP gesa semua pihak sokong Generasi Penamat

CAP gesa semua pihak sokong Generasi Penamat

MOHIDEEN ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa ahli Jawatankuasa Pilihan Khas dan ahli Parlimen menyokong pelaksanaan polisi Generasi Penamat atau Generational End Game (GEG) sekali gus membawa negara ke arah bebas rokok pada masa akan datang.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, ahli Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mempunyai tanggungjawab melindungi kepentingan rakyat dengan menyokong GEG, bukannya mereka yang mempunyai kepentingan dalam perniagaan berkaitan nikotin.

”CAP ingin mengulangi pendirian kami yang menyokong GEG kerana menjadi kewajipan bagi setiap rakyat bertindak melindungi kesihatan dan kehidupan generasi masa depan kita. 

”Sehubungan itu, kami menggesa ahli Parlimen untuk bersama kami dan menyokong GEG,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang turut digelar GEG dibentangkan di Dewan Rakyat pada 27 Julai lepas antaranya memperuntukkan larangan individu yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya, merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti.

Menurut Mohideen, menurut perangkaan yang diperolehi CAP, bilangan rakyat Malaysia yang menggunakan sistem penyampaian nikotin elektronik (ENDS) seperti e-rokok dan vape meningkat dua kali ganda kepada 1.2 juta pada 2019 daripada 600,000 pada 2016. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya