Brad Pitt 'luang masa' dengan Emily Ratajkowski

Brad Pitt ‘luang masa’ dengan Emily Ratajkowski yang baru failkan perceraian

brad pitt
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon Brad Pitt dilaporkan  sedang ‘berpacaran secara rahsia’ Emily Ratajkowski termasuk meluangkan masa bersama sebaik sahaja model itu memfailkan perceraian.

Berdasarkan laporan bagaimanapun, tidak jelas apa maksud sebenar ‘meluanghkan masa’ itu.

Ini kerana, walaupun pasangan itu “menghabiskan banyak masa bersama”, tetapi rakan-rakan di sekeliling mereka “tidak pasti sama ada ia serius”, lapor People.

Ratajkowski, 31, telah memfailkan perceraian daripada penerbit dan pengarah filem Sebastian Bear-McClard awal bulan ini, selepas dia didakwa menipunya.

Model itu mula terkenal selepas muncul dalam video muzik untuk single Robin Thicke 2013 ‘Blurred Lines ketika dia berusia 21 tahun.

Dalam memoir My Body yang diterbitkan tahun lalu, Ratajkowski menuduh Thicke meraba-raba semasa penggambaran video itu.

Dia kemudian memberitahu bahawa dia takut untuk bercakap apabila kejadian itu berlaku, kerana dia adalah “model yang tidak dikenali” ketika itu.

Sementara itu, Pitt, 58, masih berdepan masalah perceraian yang berterusan dengan bekas isteri Angelina Jolie, dengan dakwaan penderaan dan isu hak penjagaan anak.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya