Belanjawan 2023: Longgar pinjaman sektor pelancongan

Belanjawan 2023: Pertimbang longgar pinjaman sektor pelancongan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerajaan Persekutuan perlu mempertimbangkan kelonggaran pinjaman berkaitan pelancongan kepada pemain-pemain industri dalam Belanjawan 2023 yang akan dibentang bulan hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, ia penting bagi membolehkan pemain industri pelancongan mengekalkan serta dapat memperkenalkan produk-produk baharu.

MUHAMMAD JAILANI Khamis

Menurut beliau, pada masa sama inisiatif itu dapat mengelakkan pemain industri daripada menghadapi masalah kewangan.

“Pelancongan adalah industri perkhidmatan yang melibatkan kepelbagaian aspek ekonomi sama ada mikro dan makro. Kita mahu kali ini diberikan penekanan kepada pengekalan produk dan memperkenalkan produk baharu.

“Kita mohon kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri untuk beri sedikit yang bukan berbentuk geran kerana kita masih dalam fasa pemulihan. Kita minta longgarkan sedikit pinjaman pelancongan kepada pemain industri.

“Misalnya pinjaman daripada bank pembangunan dapat dipermudahkan supaya ada produk-produk baharu yang akan ditawarkan,” katanya dalam sidang akhbar sempena Festival Pengantin AEON 2023 di sini, semalam.

Sementara itu, mengenai kemasukan pelancong pada musim cuti sekolah, Muhammad Jailani berkata, dianggarkan seramai 300,000 pelancong dijangka masuk ke Melaka dalam tempoh 10 hari tersebut.

Katanya, Melaka dianggarkan mempunyai kapasiti 48,000 buah bilik hotel dan 40,000 daripadanya sudah ditempah.

“Saya sendiri hendak tempah hotel pun tidak dapat, jadi saya yakin tempahan hotel  lain-lain bilik sudah penuh. Yang tinggal mungkin bilik jenis suite atau inap desa yang berteraskan kondominium. 

“Sejak sempadan dibuka ramai yang menggunakan kebebasan itu semaksima mungkin dan saya lihat keadaan juga kelihatan seperti sedia kala. Saya yakin menjelang Januari tahun depan sektor pelancongan akan pulih sepenuhnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya