Amah 'copet' barang majikan diburu - Utusan Malaysia

Amah ‘copet’ barang majikan diburu

RIKA SARTIKA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Seorang pembantu rumah warga Indonesia diburu polis selepas didakwa melarikan pelbagai barangan milik majikannya yang bernilai RM14,000 di sekitar Meru di sini, semalam. 

Wanita itu dikenali sebagai Rika Sartika, 33, dan dipercayai berasal daripada Jawa Timur. 

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang wanita  berusia lingkungan 40-an, pukul 10.03 malam.

“Mangsa itu tampil membuat laporan polis selepas menyedari kehilangan barangan di ruang tamu rumahnya.

“Antara yang dilaporkan hilang adalah sebuah komputer riba dan tablet, dua tabung syiling dan wang tunai berjumlah RM10,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek bekerja dengan mangsa selama dua minggu.

“Kita sedang mempergiatkan usaha mengesan wanita asing berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Tambah Vijaya Rao, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Wan Zulkifli Wan Hamat di talian 010-7780770 atau balai polis berdekatan. _ UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya