SYDNEY: Semua tiga orang dalam sebuah pesawat ringan yang terhempas di negeri timur laut Australia, Queensland terbunuh, menurut polis.
Pesawat ringan itu terhempas di kawasan belukar berhampiran Fernvale, barat Brisbane, ibu kota Queensland.
“Maklumat awal menunjukkan pesawat itu berlepas dari Dalby pada pukul 10 pagi waktu tempatan (GMT 0000) dan sepatutnya mendarat di Archerfield pada pukul 2 petang (GMT 0400). Pihak berkuasa mula mencari pesawat itu apabila ia gagal tiba,” kata polis dalam satu kenyataan.
Beberapa krew kecemasan telah dipanggil untuk kejadian itu, ketika siasatan mengenai punca nahas sedang dijalankan dengan bantuan daripada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.
Penyiar kebangsaan Australia ABC sebelum ini melaporkan bahawa penggera telah dibangkitkan sekitar pkukul 2:40 petang. waktu tempatan (GMT 0440) apabila pesawat Cessna tidak mendarat di Archerfield seperti yang dirancang.
Sementara itu, media tempatan Channel 9 berkata pesawat itu mengalami cuaca berbahaya dan terhempas dari ketinggian kira-kira 610 meter. – XINHUA