Polis China tahan pempengaruh berparti makan jerung putih - Utusan Malaysia

Polis China tahan pempengaruh berparti makan jerung putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang pempengaruh China disiasat polis selepas satu video menunjukkan dia memanggang dan makan daging ikan jerung putih menjadi tular.

Video tersebut menunjukkan pempengaruh terkenal, Tizi makan ikan pemangsa berkenaan dan pihak berkuasa mengesahkan ia adalah jerung putih.

“Ikan ini mungkin kelihatan ganas, namun dagingnya amat lembut,” katanya di dalam video tersebut.

Selain itu, dapat dilihat dalam video berkenaan bagaimana Tizi menunjukkan ukuran ikan tersebut yang lebih panjang dari ketinggiannya, sebelum memotongnya kepada dua bahagian, memerap dengan bahan campuran dan membakar daging ikan itu.

Kepala jerung itu kemudiannya dimasak dalam sup pedas.

Jerung putih menjadi spesies haiwan dilindungi oleh Kesatuan Pemuliharaan Semula Jadi.

Populasi jerung juga direkodkan semakin merosot sejak beberapa dekad lalu akibat aktiviti tangkapan haram.

Di China, mana-mana pihak yang didapati bersalah menangkap jerung boleh dipenjara lima hingga 10 tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN