Semua pihak main peranan martabat bahasa Melayu

Semua pihak main peranan martabat bahasa Melayu

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua dari kanan) berkenan mengikuti Program Hijrah Minda MAIPs di Masjid Al Nur, Kampung Chantik, Padang Besar, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, usaha memartabatkan bahasa Melayu dan sastera tempatan perlu dimainkan semua pihak.

Baginda bertitah, bahasa Melayu pernah diiktiraf sebagai ‘lingua franca’ suatu ketika dahulu dan dituturkan secara meluas sebagai bahasa ilmu serta sumber penyatuan bangsa.

Titah baginda, sastera Melayu juga kaya dengan elemen tempatan yang menjadikannya unik di mata dunia.

“Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dan termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan manakala sastera Melayu pula telah menjadi warisan dan teras negara bangsa sejak zaman-berzaman,” titah baginda selepas berkenan berangkat mengikuti Program Hijrah Minda Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan ke-18 2022 di Masjid Al Nur, Kampung Chantik, di sini hari ini.

Bersempena program itu, baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan zakat MAIPs berjumlah RM12,000 kepada 30 asnaf terpilih di mana setiap seorang menerima wang tunai berjumlah RM400.

Baginda bertitah, rakyat negara ini sememangnya perlu berbangga dengan karya agung terdahulu seperti sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan lain-lain.

“Intipati karya sastera tempatan ini sebenarnya sarat dengan elemen nilai yang menjadi lambang jati diri Melayu,” titah baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.