Rajapaksa dibenarkan tinggal sementara di Thailand - Utusan Malaysia

Rajapaksa dibenarkan tinggal sementara di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kerajaan Thailand membenarkan bekas Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa untuk tinggal buat sementara waktu di negara ini.

Memetik laporan Bangkok Post, Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha berkata, kebenaran untuk memasuki negara itu diberikan atas urusan kemanusiaan.

Dalam pada itu, Menteri Luar, Don Pramudwinai berkata, pemimpin itu akan tiba di Thailand hari ini setelah tinggal sementara di Singapura.

Katanya, sebagai pemegang pasport diplomatik, Rajapaksa boleh memasuki negara itu tanpa visa untuk tempoh 90 hari.

Jelasnya, pemimpin itu akan menguruskan tempat penginapannya sendiri sepanjang tempoh berkenaan.

Ketika ditanya sama ada Thailand boleh menyekat kemasukan Rajapaksa, Don berkata, kerajaan mampu melakukannya namun percaya lawatan pemimpin itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada negara.

Malah, katanya, kerajaan Sri Lanka juga tidak membantah keputusan Thailand untuk membenarkan pemimpin itu memasuki negara ini.

Sebelum ini, jurucakap kementerian, Tanee Sangrat berkata, Thailand menerima permohonan daripada kerajaan Sri Lanka bagi membenarkan Rajapaksa memasuki negara ini.

Kata Tanee, pertimbangan membenarkan Rajapaksa memasuki negara itu adalah berdasarkan hubungan mesra yang sudah lama terjalin antara kedua-dua negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN