Permulaan sempurna Ng Tze Yong di Tokyo

Permulaan sempurna Ng Tze Yong di Tokyo

NG TZE YONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berjaya mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2022 selepas menumbangkan lawan dari Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo dalam aksi yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo, Jepun sebentar tadi.

Tze Yong yang menghuni rangking ke 42 dunia tampak tidak berdepan masalah untuk menyaingi Chico yang juga juara Masters Malaysia Julai lalu untuk menang dengan keputusan 21-16, 21-10 dalam tempoh 40 minit.

Tze Yong kini perlu menunggu perlawanan di antara pilihan ke-13 kejohanan, Kanta Tsuneyama dengan pemain Thailand, Sithhikom Thammasin untuk mengetahui lawannnya di pusingan kedua esok.

“Saya rasa bersyukur dapat beraksi di kejohanan ini walaupun ia adalah panggilan daripada saat akhir.

“Saya cuba tidak berikan tekanan besar buat diri saya dengan tidak terbawa-bawa dengan apa yang terjadi di Sukan Komanwel tempohari, dan aksi di Tokyo saya sifatkan satu permulaan yang baru.

Selepas ini, empat lagi wakil negara akan turun membabitkan Lee Zii Jia dan Liew Daren dalam acara perseorangan lelaki, pasangan porofesional, Vivian Hoo dan Lim Chiew Sien dalam beregu wanita, serta gandingan Chen Tang Jie dan Peck Yen Wei dalam aksi beregu campuran.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya