Lewandowski berdepan detik cemas di luar pusat latihan Barcelona

Lewandowski berdepan detik cemas di luar pusat latihan Barcelona

ROBERT LEWANDOWSKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA: Robert Lewandowski berdepan detik mencemaskan sebaik sahaja tiba di Ciudad Deportiva Joan Gamper untuk menjalani sesi latihan petang bersama Barcelona semalam.

Menurut media Sepanyol, seutas jam tangan bernilai 70,000 euro (RM317,000) dicuri daripada penyerang Poland itu ketika dia berhenti untuk bergambar dan bertanya khabar dengan peminat yang menunggu.

Seorang peminat berjaya membuka pintu kereta di sebelah tempat duduk penumpang untuk mengambil jam, dan itu amat mengejutkan Lewandowski.

Bekas bintang Bayern Munich itu kemudian segera menghubungi polis yang mengambil keterangannya, menahan penjenayah itu dan mendapatkan semula barangan dicuri.

Laporan awal mengatakan telefon bimbit Lewandowski dicuri tetapi kemudian terbukti ia adalah jam tangannya.

Insiden tersebut tidak menghalang Lewandowski menjalani latihan seperti biasa menjelang aksi La Liga menentang Real Sociedad, Ahad ini.

Ia bukan kali pertama kejadian menakutkan seperti itu berlaku di Ciudad Deportiva.

Baru-baru ini, pemain tengah Belanda, Frenkie de Jong dimaki hamun oleh peminat selepas dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN