LCS: Kerajaan pernah diberi pilihan terus atau tamatkan projek

LCS: Kerajaan pernah diberi pilihan terus atau tamatkan projek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) pernah memberi memberi pilihan kepada Kementerian Pertahanan berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS).

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang itu memberi pilihan pertama untuk kementerian meneruskan kontrak dan pilihan kedua ialah menamatkan kontrak pembinaan kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu.

Untuk pilihan pertama, sekiranya kerajaan mahu meneruskan kontrak, JKSTUPKK mengesyorkan agar syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) memuktamadkan segera perubahan peralatan dan juga reka bentuk.

“Kerajaan juga perlu membuat kawalan ketat ke atas bayaran kemajuan kepada BNS supaya sumber kewangan tersebut hanya digunakan untuk membiayai projek LCS sahaja sekali gus mengelak bayaran dibuat projek tidak berkaitan.

“BNS juga disyorkan meningkatkan amalan tadbir urus yang baik dalam pengurusan kewangan, perolehan peralatan dan perkhidmatan dengan pembekal bagi memastikan harga memberi keuntungan kepada kerajaan,” kata laporan JKSTUPKK.

Menurut laporan itu lagi, sekiranya mahu menamatkan kontrak berkenaan, kementerian perlu mematuhi klausa-klausa yang terkandung dalam kontrak selain memberi pertimbangan kepada beberapa perkara.

“Ia termasuk kerajaan telah membuat pembayaran sebanyak RM5.94 bilion dan peratus pembinaan setakat 31 Mei 2019 bagi LCS satu mencapai 36.75 peratus, LCS dua (32.61%), LCS tiga (29.08%), LCS empat (21.96%) dan LCS lima (1.55%). Manakala LCS enam masih belum bermula.

“Aliran tunai syarikat BNS setakat 31 Mei 2019 juga dilihat amat lemah, BNS mempunyai hutang terhadap 90 bank dan termasuk hutang kepada pembekal dan OEM sebanyak RM801.11 juta,” katanya.

Terdahulu laporan JKSTUPKK berkait projek LCS sudah dinyahklasifikasikan oleh kerajaan pada hari ini dan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mengesahkan pihaknya sudah menerima salinan laporan itu. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya