JDT sukar digugat

JDT sukar digugat

PASUKAN JDT dijangka menjadi pilihan untuk menjulang Piala FA musim ini.-IHSAN JOHOR Southern Tigers
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) ternyata berada dalam kelas tersendiri dan menjadi pilihan untuk menjulang Piala FA selepas melangkah ke final Piala FA dengan penuh bergaya.

Kehadiran pengendali baharu JDT, Hector Bidoglio jelas menambahkan lagi kekuatan skuad Harimau Selatan yang telah merekodkan 10 jaringan sepanjang dua perlawanan di bawah kendalian jurulatih dari Argentina itu.

Sekiranya, corak permainan ditunjukkan JDT ketika menewaskan Penang FC 6-1 di Stadium Sultan Ibrahim, malam kelmarin berterusan maka tidak mustahil kejuaraan bakal menjadi milik mereka biarpun siapa sahaja bakal ditentang di pentas final.

“Siapa pun lawan kita di pentas akhir tidak menjadi masalah kerana mana-mana pasukan yang layak pastinya mempunyai kredibiliti untuk berada di posisi itu.

“Sudah tentu kita akan memberi tumpuan kepada pasukan kita sendiri, bekerja keras untuk memperkasakan pasukan di setiap sudut serta mengekalkan momentum permainan,” katanya.

KENYATAAN pemilik JDT, Tunku Ismail di laman sosial Twitter mengenai Papu Gomez yang berada dalam radarnya musim depan. IHSAN Twitter HRH Crown Prince of Johor.

Dalam perkembangan lain, penyerang Sevilla, Papu Gomez dijangka memperkuatkan JDT dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Gomez, 34, yang juga bintang utama Argentina ketika menjulang Piala Copa Amerika pada musim lalu kemungkinan akan menyertai Harimau Selatan.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi ciapan di laman Twitter miliknya menulis tidak menolak kemungkinan pemain itu boleh menjadi pemain Harimau Selatan bagi musim akan datang.

“Saya tidak tahu (Lucero akan kembali ke JDT atau tidak), atau mungkin Papu Gomez dari Sevilla.  Anda tidak pernah tahu. Sudah ada perancangan untuk menambah baik skuad untuk tahun depan, Kita akan lihat,” tulisnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya