Ganjaran menanti pemain, pengurusan Terengganu  - Utusan Malaysia

Ganjaran menanti pemain, pengurusan Terengganu 

Terengganu buat KL City menangis di Cheras.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Pemain dan pengurusan pasukan Terengganu FC (TFC) akan menerima ganjaran selepas layak  beraksi perlawanan akhir Piala FA musim ini setelah kali terakhir menjulang trofi itu pada 2011.

TFC mencipta sejarah tersebut selepas mengalahkan Selangor 4-2 menerusi sepakan penalti setelah seri 1-1 pada aksi separuh akhir di Stadium Sultan Zainal Abidin di sini, semalam.

Penyokong pasukan Terengganu FC (TFC) memberi sokongan padu kepada pasukan mereka.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri menghargai kejayaan dicapai TFC itu dengan menawarkan ganjaran dalam bentuk kewangan.

Katanya, beliau berbangga dengan persembahan cemerlang anak buah, Mohd. Nafuzi Zain apabila bijak menjinak pemain Selangor di gelanggang sendiri.

Malah, menurutnya, sebelum perlawanan tersebut beliau memaklumkan kepada pemain bahawa mereka akan menerima ganjaran sekiranya memasuki perlawanan akhir Piala FA.

“Saya memberi pesanan kepada pemain bahawa tiada sebab mereka tidak menang bertarung di gelanggang sendiri.

“Tentunya (minta) pemain tidak mensia-siakan peluang mencipta sejarah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Dr. Ahmad Samsuri yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak mengumumkan jumlah ganjaran yang akan diberikan kepada pemain dan pengurusan TFC.

Pada masa sama, beliau memberitahu, kerajaan negeri juga akan memberi ganjaran lain sekiranya TFC menjuarai Piala FA nanti.

Katanya,  perjuangan TFC sebenarnya masih belum  selesai dan pemain perlu membuktikan mereka mampu untuk membawa pulang Piala FA ke bumi Terengganu.

“Perjuangan belum lagi selesai dan perlu membuktikan bahawa kita mampu untuk mencapainya,” ujarnya.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya