BSN gerak kempen kibar Jalur Gemilang

BSN gerak kempen kibar Jalur Gemilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bersempena Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022, Bank Simpanan Nasional (BSN) menyokong usaha dan saranan kerajaan mengibarkan Jalur Gemilang di semua 390 cawangan di seluruh negara bermula 5 Ogos sehingga akhir September ini.

Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, usaha itu bagi menyahut saranan kerajaan yang menyeru semua pihak menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada tahun ini. 

Selain cawangan, BSN turut menggalakkan Ejen Bank BSN (EB BSN) dan Cawangan Bank Bergerak (CBB) di seluruh negara untuk turut sama mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Bulan Kemerdekaan.

“Sebagai sebuah bank sentiasa menyokong inisiatif kerajaan, BSN berbangga menyumbang kepada sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini. Selain menyokong pelancaran Kibar Jalur Gemilang, kami juga akan terlibat dengan perbarisan Hari Merdeka yang bakal diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos.

“BSN teruja kerana dapat bersama memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan selepas dua tahun ia tidak disambut secara besar-besaran akibat Covid-19,” katanya dalam kenyataan.

Selain inisiatif mengibarkan Jalur Gemilang, pelbagai inisiatif dan aktiviti khas sempena merdeka telah dirancang oleh BSN untuk pelanggan serta kakitangan. 

Antaranya adalah kempen ‘Raikan Malaysia Tercinta dengan Kad Kredit BSN dan menang sehingga RM6,500 pulangan tunai’ dan ‘Hari Bersama Pelanggan Edisi Hari Kebangsaan 2022’ untuk pelanggan BSN. 

Sementara itu, aktiviti bersama kakitangan turut diadakan seperti tayangan filem Mat Kilau serentak di seluruh negara dan ‘Memakai Baju Kebangsaan ke Pejabat.’ – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.