ADUN DAP dakwa MB Pahang buat kenyataan mengelirukan

ADUN DAP dakwa MB Pahang buat kenyataan mengelirukan

PAHANG
LEE CHIN CHEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bilut, Lee Chin Chen mendakwa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengeluarkan kenyataan mengelirukan orang ramai terutamanya rakyat Pahang mengenai kadar cukai kategori perindustrian di negeri itu.

ADUN dari DAP yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang itu berkata, melalui kenyataan di Facebook Wan Rosdy menyatakan kadar cukai bagi kategori perindustrian adalah antara RM0.50 hingga RM0.70 semeter persegi.

“Namun beliau tidak menyatakan bahawa ini adalah kadar cukai yang telah dikurangkan setelah kadar cukai yang telah diwartakan dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2022 mendapat bantahan akibat kenaikan mendadak.

“Kaedah-kaedah Tanah Pahang (Pindaan) (No 4) 2019 yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2020, menyatakan bahawa kadar cukai tanah kategori perindustrian adalah sebanyak RM2.50 semeter persegi.

“Namun setelah mendapat bantahan daripada para pengusaha kerana kenaikan cukai yang mendadak, kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerja telah membuat keputusan untuk memberikan pengurangan sebanyak 80 peratus.

“Justeru, nilai cukai tanah kategori perindustrian telah dikurangkan ke RM 0.50 semeter persegi. Namun pengurangan ini tidak diwartakan secara sah. Ia hanya berdasarkan budi bicara kerajaan negeri. Maka kadar ini boleh dikenakan semula oleh kerajaan negeri apabila dirasakan perlu,” katanya dalam kenyataan.

Oleh itu Chin Chen menyeru Wan Rosdy agar berterus-terang dengan rakyat Pahang mengenai hal yang sebenar dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.

“Jangan hanya menceritakan perkara yang manis, yang sedap untuk didengar rakyat dan menyembunyikan fakta sebenar.

“Ini adalah kerana kadar cukai kategori industri yang sah menurut undang-undang di negeri Pahang adalah sebanyak RM2.50 semeter persegi dan perkara ini perlu diakui oleh Menteri Besar Pahang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.