13 individu  himpunan Mana Kapal LCS dirakam percakapan Rabu 

13 individu  himpunan Mana Kapal LCS dirakam percakapan Rabu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 13 individu yang terlibat dengan perhimpunan Protes Mana Kapal LCS? di pusat beli-belah di hadapan Jalan Tuanku Abdul Rahman dekat sini, dipanggil polis bagi memberi keterangan. 

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya telah menghubungi kesemua individu terbabit dan mereka diminta hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi  Rabu ini. 

“Kita telah panggil mereka dan akan dirakam percakapan pada petang Rabu ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Semalam, polis mengesan satu perhimpunan yang tidak mematuhi peruntukan undang-undang di hadapan pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada pukul 2 petang.

Noor Dellhan dilaporkan berkata, hasil pemerhatian dilakukan mendapati kira-kira 60 individu menyertai protes termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik.

“Mereka juga dilihat memegang beberapa plakad dan kain rentang tertera tulisn ‘keselamatan negara terancam kesiagaan TLDM terjejas’; ‘H20 letak jawatan’; ‘siasat di mana kapal!’; ‘mana kapal LCS’ dan lain-lain.

Semalam, himpunan Mana Kapal LCS bagi menuntut kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat segala salah laku yang berlaku selain Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein meletak jawatan kerana didakwa culas dalam tugasnya dan gagal menjadi menteri yang telus.

Penganjur turut menuntut kerajaan menjawab berhubung aduan dikemukakan bekas Panglima Tentera Laut, Tan Sri Dr Abdul Aziz Jaafar sebelum ini berhubung pelaksanaan projek kapal LCS terbabit.

Antara individu yang hadir ialah Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; Naib Ketua Pemuda Amanah Abas Azmi; Ketua Pemuda DAP Howard Lee Chuan; Setiausaha Agung Muda, Amir Hadi serta aktivis, Siti Kassim.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya